miss michey

miss michey

Rabu, 16 November 2011

::Bobohizan::

Bobohizan merupakan gelaran bagi bomoh wanita utama dalam tradisi kebudayaan Kadazan-Dusun. Bobohizan memainkan peranan penting dalam perayaan Tadau Kaamatan bagi menyemah tapak tanaman bagi memastikan tanaman yang berjaya untuk tahun hadapan. Bobohizan pertama dipercayai diajar oleh jelmaan semangat Huminodun, iaitu Unduk Ngadau, jampi serapah yang diamalkan sehingga sekarang. Kebanyakan bobohizan ini terdiri daripada kaum perempuan tapi ada sebilangan kaum lelaki di pilih bagi menguatkan lagi persembahan atau upacara yang diadakan.

Dikhuatiri semangat yang datang tidak dapat ditangkis. Dalam upacara yang diadakan adakalanya paluan gong digunakan bagi menyusuri upacara yang diadakan bagi memanggil semangat-semangat yang tertentu. Selepas itu bobohizan akan mengucapkan rinait (mentera) serta bermainkan kombuongo atau peralatan menyatukan dua alam Bagi memulakan upacaranya. Setelah dirasuki oleh semangat tersebut bobohizan sepertinya bercakap kepada seseorang iaitu semangat yang dijumpainya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan